Jual beli trademark

Saya pernah cerita dulu tentang seseorang yang telah membeli sebuah restoran beserta nama restoran tersebut daripada seorang lebai.

Disebabkan penjual adalah lebai, pembeli hanya menulis surat perjanjian guna tulisan tangan atas sehelai kertas kajang.

Apabila restoran itu maju dan biak jadi 5 cawangan, lebai nak balik nama restoran tu. Alasannya dia dah daftar Trademark.

Bila saya check, lebai hantar permohonan trademark selepas dia jual restoran itu. Pemilik baru nak daftar dah tak boleh sebab di MYIPO dah registered atas nama lebai.

Saya bagi pendapat dan menyarankan pemilik baru guna saluran mahkamah.

Tadi saya dapat panggilan dari pemilik baru, katanya dia sudah menang di mahkamah.

Alhamdulillah, walaupun ia proses yang memenatkan dan memakan kos, sekurang2nya dia dapat haknya.

Iktibar bagi yang lain. Jangan abaikan agreement jual beli IP. Nanti susah. Penat dan poket boleh bocor.

Beza patent, trademark, copyright dan industrial design

Hakcipta tu dalam bahasa melayu. Dalam bahasa Inggerisnya Copyright.

Patent bukan Hakcipta.
Industrial Design juga bukan Hakcipta.

Dalam IP ada patent, copyright, trademark, industrial design.

Patent untuk ciptaan sains.
Copyright untuk kerja seni dan photografi.
Trademark untuk nama dan tanda perniagaan.
Industrial Design untuk bentuk luaran produk.

Adakah FAKTA dilindungi copyright?

Ada seorang pelajar PhD menghabiskan 3 tahun untuk mengkaji pencemaran udara di Malaysia.

Hasil kajiannya, Cameron Highland adalah kawasan yang paling kurang tercemar di Semenanjung Malaysia.

Walaupun kajian tersebut memakan banyak belanja, banyak usaha, tetapi fakta tersebut tidak dilindungi copyright.

Dia tidak boleh menghalang orang lain untuk menggunakan fakta tersebut untuk apa-apa aktiviti komersil.

Copyright hanya lindungi penulisan beliau secara literal. Copy/paste sebijik-sebijik penulisan akan menyalahi undang-undang copyright.

Seseorang beritahu saya yang dia sudah patent ciptaannya di SIRIM.

Tak betul tu.

Permohonan patent hanya di MyIPO. Satu-satunya di Malaysia

Selain produk dan juga proses,
“improvement” juga boleh di patent

Prosedur Pendaftaran Trademark Di Malaysia

Saya nak ceritakan tentang prosedur pendaftaran Trademark di Malaysia dalam bentuk point.
 
1- Isi borang TM5
+Masukkan logo anda dalam ruangan ke 2 (representation of mark)
 
+Jika anda nak lindungi logo berwarna itu saja, sila tick di kotak.
Jika tidak tick, bermaksud anda mahukan semua warna.
 
+Masukkan kelas produk atau servis (rujuk Nice Classification)
 
+Nama penuh dan alamat pemohon
 
2-Statutory Declaration (akuan bersumpah)
Perlu cop pesuruhjaya sumpah
 
3-Bayar yuran pendaftaran kepada MyIPO
 
Sebelum itu, pastikan logo atau “mark” anda tidak melanggar mana-mana akta trademark Malaysia.
 
Jika semua OK, MyIPO akan hantar surat suruh hantar borang TM31 berserta yuran RM650.
 
Lepas tu permohonan yang dah diluluskan tu akan di gazette dan terbuka untuk orang awam membantah dalm masa 2 bulan.
 
Sekiranya tiada bantahan, sijil akan dikeluarkan.
 
Lepas itu baru boleh guna (R). Sebelum tu guna TM saja.
Jangan cakap abang tak payung.
Faizal Ismail
Registered Trademark Agent
012-3252420

Dua sebab utama kenapa permohonan trademark ditolak.

tm

Memohon trademark tidaklah sesukar memohon patent. Oleh sebab itu ramai pemilik perniagaan merasakan mereka mampu menguruskan sendiri permohonan tanpa menggunakan ajen yang berdaftar.

Malangnya percaturan untuk menjimatkan kos jadi sebaliknya. Keseluruhan kos pendaftaran di bazirkan kerana permohonan ditolak.

Daripada pengalaman saya, sekiranya permohonan ditolak oleh kerana dua sebab ini, kemungkinan berjaya di peringkat rayuan adalah sangat sukar.

1.Merujuk (descriptive)

Sesuatu trademark tidak boleh merujuk secara langsung kepada produk atau kualiti produk. Rangup untuk keropok, sedap untuk makanan, laju untuk kenderaan merupakan contoh trademark yang merujuk kepada kualiti produk.

Sekiranya Apple Inc. menjual buah epal, nescaya permohonan mereka juga akan ditolak.

“Hotel” juga merupakan kualiti sesuatu produk, sekiranya produk kita bantal atau selimut.

2.Menyerupai dengan jenama pesaing

Tujuan trademark ialah supaya pengguna dengan mudah dapat bezakan antara produk atau servis. Memanglah sepatutnya trademark tidak boleh serupa atau seakan-akan serupa hingga boleh membuatkan pengguna terkeliru.

Maksud “serupa” di sini ialah kelihatan serupa atau bunyinya seakan sama.

Ukay’s dan UK’s, Croc dengan Krok, adalah merupakan contoh serupa dari sudut bunyi

Adidas dengan Abibas pula menyerupai dari sudut rupa.

Kedua-duanya akan ditolak.

starbucks

*  *  *

Jadi bagaimana?

Pendapat saya, buat carian dulu sebelum memohon. Kurangkan risiko penolakan.

Buat carian di IPONLINE MyIPO. Buat masa sekarang portal tersebut tidak boleh digunakan sehingga 17 Oktober 2016, harapnya 18 Oktober dah boleh pakai.

Kedua, dapatkan nasihat pakar. Kami sedia membantu. Memang itulah kerja kami, membantu anda dapatkan trademark. Boleh hubungi 012-3252420.