Trademark iPhone: Apple vs Cisco

 

Pada tahun 2007, Steve Jobs ambil keputusan untuk guna nama “iPhone”. Walaupun trademark “IPHONE” adalah milik Cisco, dia tak kira, dia nak juga.

CEO Cisco, Giancarlo dapat panggilan dari Steve Jobs, bagitahu yang Apple nak guna nama “iPhone”.

Steve Jobs tak janjikan apa-apa, dia cuma cakap kita akan jadi kawan baik.

Giancarlo tak bersetuju. “Kami merancang memang nak guna trademark tu untuk produk kami” kata Giancarlo.

Tak lama lepas tu, legal department Apple telefon beritahu mereka fikir Cisco dah “abandoned the brand”, sebab Cisco tidak berusaha mempertahankan hak harta inteleknya dengan mempromosikan brand itu. Dengan itu Apple berhak menggunakan nama iPhone.

Cisco mengugut untuk ambil tindakan mahkamah jika Apple gunakan nama iPhone.

Pada hari pelancaran Julai 2007, Steve Jobs melancarkan telefon bimbit iPhone secara besar-besaran.

Cisco failkan saman dimahkamah.

Giancarlo memberitahu, Steve Jobs telah menelefon beliau pada waktu makan malam hari Valentine. Berlaku negotiation antara Giancarlo dan Steve Jobs pada malam itu.

Tak lama selepas itu, Cisco menarik balik saman, dan nama iPhone diberikan kepada Apple.

Kesimpulan:
1-Pemilik trademark yang tidak digunakan dan tidak dipromosikan, boleh kehilangan hak harta intelek atas nama tersebut.

2-Ketua yang hebat perlu ada skill negotiation yang tinggi 🙂

Trademark atas nama sendiri atau atas nama syarikat?

“Saya pemilik syarikat. Saya patut daftar trademark atas nama syarikat atau atas nama sendiri?”

Daftar trademark boleh atas nama individu, boleh juga atas nama syarikat.

Macam beli kereta juga. Boleh beli atas nama sendiri, boleh beli atas nama syarikat.

Kalau kereta syarikat, kereta tersebut kekal milik syarikat walaupun kita berhenti kerja (keluar dari syarikat).

Meniru patent tidak semestinya salah

Dalam dunia bisnes, usahawan sentiasa nak kurangkan kos, nak tingkatkan keuntungan.
 
Apa saja yang menjimatkan kos, ia mesti dilakukan.
 
Salah satu cara jimatkan kos ialah dengan cara meniru hasil kerja orang lain yang sudah berjaya.
 
Dari perspektif patent, meniru adalah tidak boleh, selagi mana patent nya masih berkuatkuasa.
 
Patent yang telah tamat tempoh boleh ditiru. Patent yang tidak membayar “renewal fee” juga boleh ditiru.
 
Bagi golongan bisnes, mengetahui apa yang boleh dan apa yang tak boleh ditiru tanpa melanggar undang-undang, amatlah menguntungkan.

TM: Rayuan selepas ditolak

Bila permohonan trademark kita ditolak, kita masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan.

Atas sebab apa rayuan boleh diterima setelah ditolak?

Bukti penggunaan dan perbezaan antara trademark kita dengan trademark yang dikatakan seakan serupa oleh examiner

Larangan menggunakan trademark Zumba®

Zumba ialah trademark berdaftar. Ia bukanlah bermaksud apa-apa, ia adalah perkataan yang dicipta oleh syarikat Zumba Fitness, LLC.

Nama Zumba mula digunakan oleh syarikat Zumba Fitness sejak tahun 2002. Ia didaftarkan pada tahun 2010 di US.

Trademark Zumba di Malaysia


Trademark Zumba telah didaftarkan di Malaysia pada 11 Januari 2013 Dalam kelas 9, 25 dan 41.

Penggunaan logo dan perkataan Zumba tanpa kebenaran Zumba Fitness adalah menjadi satu kesalahan undang-undang trademark.

Siapa yang boleh menggunakan logo Zumba?
Hanya yang diberi lesen oleh Zumba Fitness sahaja yang boleh menggunakan trademark Zumba.

Pihak Zumba Fitness LLC boleh menghalang sesiapa sahaja, mana-mana pihak menggunakan trademark Zumba tanpa kebenaran.

Zumba Fitness LLC telah melakukan usaha menyedarkan masyarakat yang Zumba adalah jenama, bukan sejenis senaman. Usaha ini penting untuk trademark Zumba tidak menjadi generic, yang boleh menyebabkan ia kehilangan hak ke atas jenama itu.

 

* * *
This information is for educational purposes only and should not be construed as legal advice nor does it provide a legal opinion on any specific facts or circumstances. If you have specific legal questions, you are urged to consult your own lawyer concerning your situation.

Langkah-langkah mendaftar trademark di Malaysia

1. Periksa sama ada trademark anda sudah didaftar oleh orang lain. Periksa di iponline MyIPO. Link disertakan diakhir artikel ini.

2. Periksa sama ada seseorang telah mendaftar trademark yang serupa atau seakan-akan serupa dalam perniagaan (produk atau servis) yang sama.

Jika ada, anda boleh memohon kebenaran dari trademark holder itu untuk mendaftar trademark anda. Anda perlu yakinkannya bahawa trademark anda tidak mengelirukan orang ramai.

Dia perlu memberikan surat “letter of consent” kepada anda. Jika dia enggan, untuk mengurangkan risiko anda perlu cari trademark yang lain.

3. Kenal pasti kelas trademark anda menggunakan NICE classification. Link disertakan diakhir artikel ini.

Anda boleh memohon lebih dari satu kelas untuk trademark yang sama. Tapi hanya satu kelas dibenarkan untuk setiap permohonan. Jika mahu cover tiga kelas, anda perlu hantar tiga permohonan.

4. Sediakan logo (jika ada) dan trademark yang hendak didaftarkan. Pastikan ia sudah muktamad kerana selepas permohonan dihantar, ia sudah tidak boleh dipinda lagi.

5. Lima jenis trademark yang boleh didaftarkan anda boleh lihat di sini.

6. Isi borang TM5 dan hantar ke cawangan MyIPO terdekat atau boleh hantar melalui online. Saya syorkan hantar kepada cawangan kerana sistem online memerlukan “requirements” tertentu.

 

Kaedah mengisi borang TM5 mukasurat 1
Cara mengisi borang TM5 mukasurat 2
Cara mengisi borang TM5 mukasurat 3

Selepas menghantar permohonan.

7. Anda akan dapat maklumbalas dari pemeriksa trademark. Jika ada bangkangan, anda ada masa dua bulan untuk selesaikannya dan hantar justifikasi bersama-sama jawapan bangkangan kepada pejabat.

8. Jika tiada bangkangan, permohonan anda akan disiarkan di gazet trademark selama dua bulan. Dalam tempoh itu sesiapa sahaja boleh memfailkan bantahan.

Sekiranya ada bantahan, saya nasihatkan supaya anda dapatkan khidmat ajen trademark berlesen untuk membantu anda.

9. Trademark anda akan didaftarkan selepas semua bantahan diselesaikan. Sijil akan diberikan kepada anda dan anda boleh meletakkan ®  pada trademark anda.

Sekiranya anda perlukan bantuan, kami di Teraju IP Sdn Bhd sedia membantu.

Boleh hubungi saya (Faizal Ismail) 012-3252420 atau
(Azlan) +60 17-683 7755.

Kami adalah trademark dan patent agent berdaftar dengan MyIPO.

Untuk carian trademark {Link iponline}
Untuk menentukan kelas trademark {NICE classification}

5 jenis trademark yang boleh didaftarkan.

1) Nama. Contoh: Honda
 
2) Tandatangan. Contoh: John Hancock, Arnold Palmer
 
3) Perkataan yang dicipta. Contoh: Colgate, Cisco, Twitter, Google etc. Ia adalah perkataan-perkataan yang tiada dalam kamus.
 
4) Perkataan yang sedia ada dalam kamus. Contoh: Apple, Sky, Ketereh, Gajah etc. Syaratnya perkataan-perkataan tersebut tidak ada kaitan atau merujuk kepada barangan atau servis yang ditawarkan.
 
5) Apa-apa logo atau lambang yang “distinctive”. Contoh: Gambar orang tua sedang senyum untuk perniagaan ayam goreng.

Larangan Tanam Harum Manis Perlis di Luar

“Mohon ulas harum manis hanya boleh ditanam di Perlis sahaja.  Sebab tengok dalam paper baru-baru ni, yang exco kerajaan Perlis suruh harum manis ditanam di Perlis sahaja,sebagai sumber pendapatan orang Perlis”.

Ulasan saya:

Harum Manis Perlis telah didaftarkan GI di Malaysia. GI bermaksud Geographical Indication. Dalam bahasa Melayu disebut Petunjuk Geografi.

GI adalah suatu tanda ke atas sesuatu produk yang menunjukkan tempat produk tersebut dihasilkan.

Syaratnya ia mestilah ada spesialiti, atau mempunyai tahap kualiti tertentu, atau reputasi yang baik disebabkan oleh tempat dimana ia dihasilkan.

GI memberikan hak kepada pemohon untuk menghalang pihak luar dari menggunakan nama tempat yang telah didaftarkan untuk produk yang sama.

Champagne adalah sejenis wine. Champagne adalah nama tempat wine itu dihasilkan. Wine yang dihasilkan ditempat lain tidak boleh menggunakan nama Champagne.

Jutaan orang minum champagne, tapi hanya penduduk Champagne sahaja yang boleh mengeluarkan minuman itu. Ia sudah tentulah memberikan impak ekonomi yang tinggi kepada penduduk Champagne.

Tanam Harum Manis di Luar Perlis

Tidak ada akta yang boleh menghalang sesuatu tanaman ditanam di luar sesuatu negeri.
GI hanya memberi hak ekslusif penggunaan nama tempat sahaja. GI tak ada peruntukkan untuk menghalang penanaman sesuatu tanaman ditempat lain.

Pendapat saya, Harum Manis boleh ditanam di luar Perlis. Tapi ia tidak boleh menggunakan nama Harum Manis Perlis jika ia tidak ditanam dalam negeri itu. Mungkin apa yang dikatakan oleh exco tersebut hanyalah berbentuk saranan.

Siapa yang boleh memohon GI?
Individu tidak boleh memohon GI. Ia hanya boleh dipohon oleh wakil penduduk, atau wakil persatuan, atau wakil satu komuniti tempat tersebut. Hak akan diberikan kepada pemohon jika ia memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Trademark: Pemfailan Borang TM31

Selepas MyIPO setuju untuk meluluskan permohonan trademark kita, kita mesti hantar borang TM31 berserta fi RM650, dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat dikeluarkan.
 
TM31 ada lah borang untuk gazet, atau nama lainnya “published for opposition”.
 
Trademark kita akan disiarkan di gazet untuk memberi peluang pihak ke tiga membuat bantahan.
 
Tempoh gazet adalah dua bulan. Berdoalah agar tiada bantahan dalam tempoh itu.
 
Jika tiada bantahan, MyIPO akan keluarkan sijil trademark dan mulai dari itu, trademark kita sudah boleh menggunakan simbol ®.
 
Jika ada bantahan, saya nasihatkan dapatkan bantuan ajen trademark berdaftar, kerana laluannya berlopak dan berliku-liku.

IP: MILIK SYARIKAT ATAU MILIK PEKERJA?

Jika seseorang diupah oleh syarikat untuk membuat sesuatu kerja, hasil kerja tersebut adalah milik syarikat.

Patent, trademark, copyright, design juga termasuk. Ia adalah milik syarikat.

Jika pekerja tidak diupah, tetapi atas inisiatif pekerja itu sendiri dan ia adalah diluar bidang kerjanya, bagaimana pula?

Sekiranya pekerja itu menggunakan fasiliti pejabat, atau data syarikat, atau masa kerja, ia masih milik syarikat.