Kenapa Patent Information Penting?

Sepanjang 15 tahun saya terlibat dalam mengendalikan training, kebanyakkan penyelidik di universiti tempatan hanya buat literature review di jounal dan publication saja. Ada yang habiskan RM150,000 buat kajian, ambil masa tiga tahun untuk siap, tapi selepas diperiksa di patent database, rupanya kajian itu dah lapuk pun. Masakan tidak, teknologi terkini dikuasai oleh syarikat komersil. Mereka …

Mencetak bahan cetak rompak

“Saya hanya mencetak tempahan pelanggan, adakah saya juga berisiko disaman jika bahan cetakan itu adalah cetak rompak?”   Jawapannya ialah ya. Anda juga telah melakukan kesalahan di bawah akta harta intelek. Tuan punya harta intelek berhak menghalang sesiapa saja dari mengambil keuntungan dari karya ciptaannya.

Keperluan Memenuhi Maksud Ciptaan untuk paten di Malaysia

Jika nak paten sesuatu ciptaan, ciptaan itu mestilah ada masalah yang hendak diselesaikan. Semasa saya jadi pegawai pemeriksa paten dulu, perkara pertama yang saya akan baca adalah pernyataan masalah. Dari situ, saya akan cari ada atau tidak orang lain dalam dunia ini mengalami masalah yang sama, dan bagaimana mereka menyelesaikannya. Jika masalah mereka sama, cara …

Apa beza daftar SSM dengan daftar trademark?

1- daftar SSM ialah untuk nama syarikat. Daftar trademark adalah untuk jenama. Bukan semua orang letak nama syarikat kat produk, kebanyakannya letak jenama. 2- SSM hanya boleh daftar nama syarikat, tapi tak boleh daftar logo. Nak daftar logo kena daftar trademark. 3- jika kita ada 3 produk yang lain jenama, takkan kita nak kena daftar …

PATENT: TECHNICAL DRAWING

  Patent yang berbentuk produk perlu menghantar technical drawing. Technical drawing untuk patent mestilah memenuhi syarat tertentu seperti ia mestilah “schematic”, hitam putih, line mesti bersih dan jelas. Saya amat memahami untuk menyediakan technical drawing memerlukan masa yang agak lama. Sekiranya kita mahu dapatkan filing date secepat mungkin, sedangkan technical drawing belum siap, apa yang …

Penentuan Patentability (kebolehpatenan)

Semua produk boleh di patent. Asalkan ianya berbeza dengan produk yang telah ada.   Vending machine telah wujud berkurun dulu. Jika mahu patentkan vending machine, ianya mestilah berbeza dengan vending machine sedia ada.   Bukan bila dengar saja vending machine, terus cakap tak boleh patent sebab dah “well known” sejak berkurun dulu. Sabar dulu, periksa …

KENAPA HARTA INTELEK PENTING?

Supaya komposer lagu yang kita suka boleh terus berkarya, designer, pencipta, jurufoto, engineer boleh terus menghasilkan kerja yang terbaik untuk kita nikmati. Tanpa harta intelek, hasil kerja mereka mudah saya disalin oleh orang lain tanpa memerah otak. Mereka pun tak dapat menjana pendapatan yang mencukupi. Lalu kecewa akhirnya berhenti. Kita sebagai pengguna juga akan kehilangan …

Trademark Hot Burger VS Melawati Kebab

Pihak Hot Burger Malaysia mendakwa logo mereka telah difailkan oleh pesaing iaitu Melawati Kebab. Jika ini benar berlaku, pihak Hot Burger bolehlah membuat bangkangan (opposition) semasa tempoh warta. Tempoh warta ialah 2 bulan. Jika tiada bangkangan, maka sijil akan dikeluarkan kepada pemohon. Jika sijil telah dikeluarkan, perlu menggunakan prosedur mahkamah, yang mana ianya lebih rumit …

Saya sebagai pemeriksa patent: minat masyarakat meningkat

Pada tahun 2003, saya masuk kerja sebagai pegawai pemeriksa patent. Pada ketika itu, masyarakat boleh kata langsung tak berminat nak tahu pasal IP. Ye lah, IP ni dikatakan mainan orang kaya-kaya saja. Semasa hendak meminang, Pak imam tanya awak kerja apa? Saya tahu jawapan saya nanti akan jadi masalah dan akan jadi panjang tak berpenghujung. …