Categories
Patent

Industrial Design (ID)

Saya jarang sentuh bab ID, walau ia adalah salah satu elemen IP sebaris dengan paten, trademark dan copyright.ID adalah satu perlindungan khas untuk rekabentuk. Bukan mudah untuk mereka bentuk sesuatu produk yang mencapai standard good taste.Jika tiada perlindungan, maka mudahlah pesaing meniru design yang sudah terbukti diterima ramai tanpa memerlukan usaha keras dan risiko.Pun begitu, beberapa fakta harus diingat tentang ID ini

  1. Rekabentuk yang didaftarkan mestilah tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh meningkatkan performance produk. Rekabentuk yang mempunya fungsi mesti didaftarkan di bawah paten.
  2. Produk yang hendak didaftarkan mestilah cantik pada pandangan mata. Produk yang dibuktikan tidak appealing to the eyes boleh dibatalkan oleh pihak ketiga.
  3. Hanya rekabentuk luaran sahaja boleh didaftarkan. Bentuk yang berada di dalam kulit produk tak boleh. Ini memberi banyak masalah kepada pereka produk elektrik.
  4. Warna tidak dilindungi oleh ID. Semua permohonan mestilah dalam hitam putih. Ramai designer mengeluh kerana banyak design mereka mempunya elemen warna yang unik dan menarik.
  5. Tempoh perlingan ID hanya 5 tahun, dan boleh diperbaharui setiap 5 tahun sehingga maksimum 25 tahun. Ini tidak mencukupi bagi desain yang ikonik.

Alternatif

  1. Trademark 3D. Rekabentuk yang ikonik dan tidak mempunyai fungsi boleh didaftarkan juga dalam trademark 3D. Tempoh perlindungan jauh lebih panjang. Selagi bayar renewal fee setiap 10 tahun, ia dilindungi sampai bila-bila.
  2. Copyright. Rekabentuk yang mempunyai kombinasi warna boleh didaftarkan bawah copyright. Selain tempoh perlindungan yang panjang (sehingga 50 tahun selepas pengkarya mati), ia juga tiada yuran tahunan dan tiada pemeriksaan. Perlindungannya juga adalah serata dunia.

Jika tidak pasti, dapatkan khidmat nasihat dari konsultan harta intelek yang tersenarai dalam laman sesawang MyIPO.

Faizal Ismail Teraju IP Sdn Bhd (0123252420)