Categories
Trademark

TOYS-R-US VS HERBS-R-US

Syarikat penjual ganja terkemuka menggunakan nama Herbs”R”us. Ini telah menduka citakan Toys”R”us .


Tapi apa yang Toys”R”us boleh lakukan?


1- Jika nak dikatakan sama, ia memang tak sama.

2- Jika nak dikatakan ia mengelirukan pengguna, ia memang tak mengelirukan. Malah segmen pelanggan juga berbeza. Satu sasarkan kanak-kanak, satu lagi sasarkan orang dewasa. mana mungkin nak beli mainan terbeli ganja pula!


Perkara ini banyak dihadapi oleh pemilik trademark. Nak saman tapi takut tak lepas, rugi duit pula.
Keputusan mahkamah federal Kanada baru-baru ini telah memberi sinar baru.

“DEPRECIATION OF GOODWILL.”

Ia bermaksud suatu trademark yang didaftarkan oleh seseorang atau satu organisasi, berpotensi memberikan kesan reputasi negatif kepada trademark yang didaftarkan sebelumnya.


Depreciation of goodwill tidak memerlukan kekeliruan pengguna.
Dengan itu, mahkamah federal Kanada telah membuat keputusan:

  1. Herbs”R”us telah menggunakan populariti Toys”R”us sekaligus menjatuhkan reputasi jenama Toys”R”us.
  2. Hakim Nicholas McHaffie mengarahkan Herbs “R” Us mesti menghapuskan semua barangan, bungkusan, label dan material pengiklanan yang menggunakan logo itu.
  3. Hakim juga mengarahkan Herbs”R”Us untuk membayar USD 15,000 kepada Toys “R” Us dan USD15,000 untuk kos mahkamah.