Trademark: Tips Cari Nama Produk

Yang hubungi saya bukan saja yang nak daftar jenama, yang nak minta saya bagi nama pun ada. Dah macam imam kampung pula bagi nama kat baby baru lahir.

Ok saya kongsikan tips cari nama untuk produk atau servis perniagaan anda.

1. Pastikan nama itu nama yang baik. Tidak berbaur lucah, dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau produk makanan janganlah letak nama Al-Tahi, walaupun tahi itu ada makna dalam bahasa lain.

2- pastikan nama itu tidak seakan sama dengan jenama pesaing. Nanti tentulah pesaing akan marah lalu diheret kita ke mahkamah pula. Rugi masa rugi tenaga rugi duit. Jangan gaduh, cari saja nama lain.

3. Pastikan nama itu tidak over self proclaimed. Konon-konon paling hebat dicakerawala. Bukan apa, bimbang results tak sama macam nama. Nanti tak patuh syariah pula. Nak daftar TM pun tak dapat nanti.

Contohnya: Jika produk untuk lebatkan rambut, tak boleh letak nama “Super Lebat”, sebab kalau tak lebat nanti macam mana? Lain orang lain kepala.

4. Pastikan nama tu bukanlah nama biasa yang orang ramai panggil. Pendek kata ia kenalah unik. Contohnya Nasi Lemak cap Kapal Terbakar, OK. Kalau nasi lemak cap Nasi Lemak, TAK OK. Baik tak payah letak nama kalau begitu.

5. Jika nak letak nama orang, pun boleh. Tapi jangan letak nama selebriti pula, nanti dia minta duit baru kau tahu.

Ok, cukuplah 5. Tulis panjang pun kau bukan rajin sangat nak baca.

Faizal Patent.
Teraju IP Sdn Bhd . 0123252420