TM:Daftar atas nama sendiri atau syarikat?

Tidak ada syarat pendaftaran mesti ada syarikat terlebih dahulu. Trademark boleh didaftar atas nama individu ataupun syarikat.

Apa implikasinya?

Jika daftar atas nama individu, hakmilik trademark itu kepunyaan mutlak individu tersebut. Jika dia keluar dari syarikat, dia keluar bersama-smaa haknya sebagai pemilik trademark itu.

Jika daftar atas nama syarikat, milikan adalah kepunyaan syarikat. CEO, lembaga pengarah bertukar ganti, jenama kekal milik syarikat.

“Bagaimana jika semasa daftar dulu belum ada syarikat, sekarang dah ada?”

Pemilik trademark boleh dipindahkan. Contohnya asal daftar atas nama sendiri, lepas syarikat semakin maju, kita boleh mohon untuk pindah halmilik ke atas nama syarikat. Permohonan mestilah dibuat di MyIPO (fi dikenakan)

Sama juga dengan kes jual beli trademark. Selepas selesai proses jual beli, perlu buat pertukaran hakmilik di MyIPO. Alamat juga mesti ditukar, just in case ada kes mahkamah. Jika gagal hadir ke mahkamah dengan alasan surat tak sampai sebab tak tukar alamat, anda kalah. Ini pernah berlaku.

Faizal Ismail. Teraju IP Sdn Bhd. Boleh ikuti Channel Telegram saya “Nota Faizal Patent dan voice note. t.me/faizalpatent . Artikel di Telegram adalah ekslusif, tidak akan di publish di mana-mana.