Software patent?

“Software boleh patent tak?” tanya seorang orang.


Jawapan saya:
Untuk mengetahui sesuatu itu boleh patent atau tidak, kita tengok benda apa yang tak boleh dipatent.


Perkara-perkara yang tak boleh patent:

1- Sesuatu yang dijumpai sedia ada di alam semulajadi
2-Teori saintifik
3- Kaedah kiraan matematik
4- Tumbuhan dan haiwan
5-Kaedah perniagaan
6- Kaedah permainan/ mental act
7- kaedah merawat manusia atau haiwan


Selain dari yang di atas semuanya boleh patent.


Jadi software boleh patent tak?


Jawapannya boleh, selagi mana ia tak termasuk dalam perkara yang tersebut di atas. Ada software yang buat pengiraan matematik, ada yang games, ada yang buat kaedah perniagaan. Semua tu tak boleh.
Pun begitu, sekiranya syarat-syarat di atas lepas, ada lagi syarat lain yang perlu dipatuhi. Contohnya novelty (baru), inventiveness (tidak obvious), ada teknical effect, dan tidak semata-mata display the informations.
Harap ini sedikit sebanyak membantu.