Patent ajen: perlu atau tidak perlu?

Untuk mendaftar patent, tidak wajib bagi warganegara Malaysia untuk menggunakan khidmat patent ajen.

Pun begitu, penyediaan dokumen yang diperlukan bukanlah mudah. Anda perlu sediakan borang F1, Borang F17 (sekiranya mendaftar atas nama syarikat), dan yang paling kritikal ialah penyediaan patent spesifikasi.

Patent spesifiikasi ada formatnya tersendiri. Dari pada statistik, hanya 15% sahaja permohonan patent diluluskan. Dari pengalaman saya 13 tahun sebagai patent examiner di MyIPO, kebanyakkan permohonan tidak berjaya bukan kerana ciptaan mereka tidak bagus, tapi sebab cara menulis tidak betul.

Memanglah, cara-cara menulis patent memang tidak pernah diajar di sekolah mahupun di universiti. Format dan gaya bahasa patent amat berlainan dari kertas kajian di pusat pengajian.

Dulu kami pernah mengadakan kursus penulisan patent di universiti-universiti tempatan. Ada yang berjaya menulis dengan bimbingan kami selama empat hari. Tapi ada juga yang kecundang.

Bukan mudah, ilmu yang saya dapat selama 15 tahun nak dicurahkan dalam tempoh empat hari.

Lebih mudah serahkan kepada patent ajen yang berpengalaman. Dengan guna bahasa yang betul, skop perlindungan juga boleh jadi lebih kuat dan perlindungan lebih besar.

Masa juga amat kritikal. Setiap borang dan respon mestilah dihantar dalam tempoh tertentu. Patent ajen memang akan monitor tarikh-tarikh itu dengan teliti.

Semua prosedur akan diselia oleh patent ajen yang dilantik.

Faizal Ismail. Patent dan trademark agent. 012-3252420