Klasifikasi semasa permohonan trademark

Kalau nak mohon trademark, kita kena tentukan nak mohon untuk kelas perniagaan apa.

Ada 45 kelas semuanya. Boleh search “NICE Classification”.

Satu permohonan, hanya satu kelas saja dibenarkan. Kalau nak daftar dalam dua kelas, kena hantar dua permohonan.

“Kalau tak ada perniagaan macam mana?”

Err…trademark ni untuk yang jalankan perniagaan saja. Nama pun trade kan. Trade mark. Mesti kena ada bisnes lah.

Kalau dah daftar trademark, wajib jalankan bisnes dalam tempoh 3 tahun. Kalau tak, nanti orang lain boleh mohon supaya pendaftaran kita dibatalkan.

Faizal Ismail
Teraju IP Sdn Bhd