Patentable and not patentable: Inventions Vs Discoveries

Syarat utama patent adalah invention. Sesuatu yang hendak dipaten mestilah menepati maksud invention.

Apakah maksud invention?

Dalam akta paten Malaysia seksyen 12 secara jelas menerangkan maksud invention. 

Sesuatu itu dianggap invention sekiranya mempunyai tiga elemen ini:

  1. Masalah teknikal
  2. Penyelesaian kepada masalah di atas
  3. Melibatkan teknologi

Invention bermaksud “A solution to a specific technical problem”. Satu penyelesaian kepada satu masalah teknikal yang khusus.

Contohnya, masalah ketika membayar di kaunter. Ada kaunter lambat dan ada kaunter yang cepat. Bagaimana untuk atasi masalah kaunter yang lambat dari membuatkan satu barisan tersekat?

Penyelesaiannya, orang beratur dalam satu barisan, kemudian diagihkan ke kaunter yang sudah bersedia. Dengan cara ini barisan tidak terjejas hanya kerana ada satu pelanggan yang mempunyai urusan yang lama.

Adakah kaedah ini boleh dipatenkan?

Ia menepati ciri masalah, dan penyelesaian. Tetapi adakah penyelesaian itu melibatkan teknologi? Jawapannya tidak. Jadi ia bukanlah satu invention. Maka ia tidak boleh dipatenkan.

Discoveries

Sesuatu yang termasuk dalam kategori discovery tidak boleh dipatenkan.

Discoveries bermaksud sesuatu yang dijumpai, ia sudah sedia ada secara semulajadi tanpa ada campur tangan manusia.

Contohnya, seseorang telah terjumpa tahi bintang. Apabila dikaji, bayi bintang itu sungguh ringan tapi sangat kuat. Bolehkah dia patenkan tahi bintang itu?

Jawapannya tak boleh. Sebab orang yang menjumpainya langsung tidak berbuat apa-apa selain menjumpainya saja. Lainlah jika dia buat rangka basikal menggunakan bahan yang dijumpai itu, maka bolehlah paten.

Sebelum meneruskan uruskan paten, adalah penting untuk memastikan ciptaan itu menepati syarat invention, dan tidak termasuk dalam kategori discovery.

Faizal Ismail. Registered patent expert. 012-3252420