Patent: Kesilapan biasa dalam menulis claims produk

Menulis patent untuk tangible produk adalah yang paling mudah jika dibanding kan dengan software, bahan kimia, atau proses.

Dibahagian claims, penulis hanya perlu ceritakan tentang ciri-ciri produk satu persatu.

Namun begitu, ada beberapa kesilapan yang selalu dilakukan oleh penulis patent.

  1. Elemen tidak bersambung. Semua bahagian mestilah bersambung antara satu sama lain. Penulis perlu memahamkan pemeriksa patent sehingga mereka mampu melukis semula produk itu tanpa melihat drawing. Jika ada parts yang tidak diketahui bersambung dibahagian mana, ia membuatkan produk itu tidak jelas. 
  2. Jika ada beberapa elemen yang sama, tapi dikedudukan yang berbeza, ia mesti dinamakan dengan nama yang berbeza. Contohnya ada dua palang, palang yang mana satu yang anda maksudkan? Namakan dia palang 1 dan palang 2.

Faizal Ismail

Teraju IP Sdn Bhd