Perang trademark: Dr. Dre Vs Dr. Drai

Dr.Dre adalah seorang artis hip hop terkenal. Dia juga seorang komposer terkemuka. Snoop Dog, Eminem, 50 Cent semuanya merupakan anak buahnya. Harga sebuah lagu ciptaan Dr.Dre tak kurang dari USD250,000.

Dr.Dre telah mendaftar trademark “Dr.Dre” untuk bidang entertainement. Permohonan itu telah diluluskan oleh USPTO.

Dr.Drai pula seorang doktor sakit puan. Dia dapat gelaran doktor kerana memang dia seorang doktor pun, bukan pandai-pandai menggelar diri sendiri sebagai doktor.

Dr.Drai mula menjadi terkenal setelah bukunya bertajuk “20 Things You may Not Know About the Vagina” menjadi laris.

Beliau juga ada siri TV sendiri bertajuk ” What Your mama Didn’t Tell You About Making Babies”.

Dr.Drai telah mendaftar trademark “Dr.Drai” untuk siri TV dan telah diluluskan oleh USPTO juga.

Dr.Dre mendakwa nama Dr.Drai telah membuatkan kekeliruan kepada konsumer. Jadi dia pun bawa kes itu ke mahkamah untuk menghalang Dr. Drai dari terus menggunakan nama itu di TV.

Dr.Drai ialah memang seorang doktor. Namanya juga memang dikenali sebagi Dr.Drai sejak di Universiti lagi. Drai adalah singkatan kepada namanya yang sebenar iaitu Draion.

Dr.Dre pula bukanlah seorang doktor. Dia ialah penyanyi dan komposer. namanya yang sebenar ialah Andre Young.

Adakah masyarakat akan terkeliru dengan kedua-dua nama ini?

Dr.Dre buat lagu dan headphones. Dr.Drai pula personaliti TV pakar sakit puan.

Keputusan mahkamah:

Mahkamah telah memutuskan bahawa “Dr.Drai'” tidak mengelirukan konsumer. Kedua-dua jenama itu boleh wujud serentak. 

Dr.Dre gagal dalam kes ini untuk menghalang penggunaan trademark Dr.Drai.

Faizal Ismail (012-3252420)