Trademark bunyi, sudah sampai masanya

“Pi pi pi pi pi, pi pi pi pi pi, Calpis!”

Lama kelamaan bila orang dengar pi pi pi pi terus tahu ia adalah iklan Calpis. Masa nak beli pun bunyi itu kembali bermain dalam kepala. Ia sudah menjadi trademark.

Tapi bolehkah bunyi didaftarkan sebagai trademark di Malaysia?

Setakat ini belum boleh.

Jadi bagaimana jika pesaing Calpis juga menggunakan bunyi yang sama? Adakah boleh Calpis ambil tindakan mahkamah menggunakan undang-undang Copyright?

Ok, mari kita lihat apa yang dilindungi oleh copyright.

Copyright melindungi karya seni dan penulisan.

Adakah pi pi pi pi pi sudah boleh dikira seni? Bagi saya ia tak cukup untuk masuk kategori seni.

Sudah sampai masanya Malaysia membolehkan bunyi didaftar sebagai trademark. Sama macam US, Jepun, Korea, dan semua negara-negara yang menandatangani perjanjian Madrid.

Ada banyak unconventional trademark dalam Madrid agreement, tapi buat masa sekarang, trademark bunyi yang paling penting. Buat yang tu dulu pun tak apa.