Untuk mendaftar trademark perniagaan, anda perlu memohon dulu.
Perkataan “memohon” bermaksud, ia mungkin diterima, ia mungkin juga ditolak.
Sekiranya ditolak, anda masih ada peluang untuk buat rayuan, dalam tempoh 2 bulan.
Surat rayuan mestilah lengkap dengan alasan-alasan kukuh kenapa trademark anda sepatutnya diluluskan. Jangan hantar sekeping kertas saja mengatakan trademark anda memenuhi semua syarat. Jika begitu rayuan anda juga akan ditolak.