Categories
Trademark

Jual beli trademark

Saya pernah cerita dulu tentang seseorang yang telah membeli sebuah restoran beserta nama restoran tersebut daripada seorang lebai.

Disebabkan penjual adalah lebai, pembeli hanya menulis surat perjanjian guna tulisan tangan atas sehelai kertas kajang.

Apabila restoran itu maju dan biak jadi 5 cawangan, lebai nak balik nama restoran tu. Alasannya dia dah daftar Trademark.

Bila saya check, lebai hantar permohonan trademark selepas dia jual restoran itu. Pemilik baru nak daftar dah tak boleh sebab di MYIPO dah registered atas nama lebai.

Saya bagi pendapat dan menyarankan pemilik baru guna saluran mahkamah.

Tadi saya dapat panggilan dari pemilik baru, katanya dia sudah menang di mahkamah.

Alhamdulillah, walaupun ia proses yang memenatkan dan memakan kos, sekurang2nya dia dapat haknya.

Iktibar bagi yang lain. Jangan abaikan agreement jual beli IP. Nanti susah. Penat dan poket boleh bocor.