Mencetak bahan cetak rompak

“Saya hanya mencetak tempahan pelanggan, adakah saya juga berisiko disaman jika bahan cetakan itu adalah cetak rompak?”   Jawapannya ialah ya. Anda juga telah melakukan kesalahan di bawah akta harta intelek. Tuan punya harta intelek berhak menghalang sesiapa saja dari mengambil keuntungan dari karya ciptaannya.

Apa beza daftar SSM dengan daftar trademark?

1- daftar SSM ialah untuk nama syarikat. Daftar trademark adalah untuk jenama. Bukan semua orang letak nama syarikat kat produk, kebanyakannya letak jenama. 2- SSM hanya boleh daftar nama syarikat, tapi tak boleh daftar logo. Nak daftar logo kena daftar trademark. 3- jika kita ada 3 produk yang lain jenama, takkan kita nak kena daftar …

KENAPA HARTA INTELEK PENTING?

Supaya komposer lagu yang kita suka boleh terus berkarya, designer, pencipta, jurufoto, engineer boleh terus menghasilkan kerja yang terbaik untuk kita nikmati. Tanpa harta intelek, hasil kerja mereka mudah saya disalin oleh orang lain tanpa memerah otak. Mereka pun tak dapat menjana pendapatan yang mencukupi. Lalu kecewa akhirnya berhenti. Kita sebagai pengguna juga akan kehilangan …

Trademark Hot Burger VS Melawati Kebab

Pihak Hot Burger Malaysia mendakwa logo mereka telah difailkan oleh pesaing iaitu Melawati Kebab. Jika ini benar berlaku, pihak Hot Burger bolehlah membuat bangkangan (opposition) semasa tempoh warta. Tempoh warta ialah 2 bulan. Jika tiada bangkangan, maka sijil akan dikeluarkan kepada pemohon. Jika sijil telah dikeluarkan, perlu menggunakan prosedur mahkamah, yang mana ianya lebih rumit …

Saya sebagai pemeriksa patent: minat masyarakat meningkat

Pada tahun 2003, saya masuk kerja sebagai pegawai pemeriksa patent. Pada ketika itu, masyarakat boleh kata langsung tak berminat nak tahu pasal IP. Ye lah, IP ni dikatakan mainan orang kaya-kaya saja. Semasa hendak meminang, Pak imam tanya awak kerja apa? Saya tahu jawapan saya nanti akan jadi masalah dan akan jadi panjang tak berpenghujung. …

Trademark iPhone: Apple vs Cisco

  Pada tahun 2007, Steve Jobs ambil keputusan untuk guna nama “iPhone”. Walaupun trademark “IPHONE” adalah milik Cisco, dia tak kira, dia nak juga. CEO Cisco, Giancarlo dapat panggilan dari Steve Jobs, bagitahu yang Apple nak guna nama “iPhone”. Steve Jobs tak janjikan apa-apa, dia cuma cakap kita akan jadi kawan baik. Giancarlo tak bersetuju. …

Trademark atas nama sendiri atau atas nama syarikat?

“Saya pemilik syarikat. Saya patut daftar trademark atas nama syarikat atau atas nama sendiri?” Daftar trademark boleh atas nama individu, boleh juga atas nama syarikat. Macam beli kereta juga. Boleh beli atas nama sendiri, boleh beli atas nama syarikat. Kalau kereta syarikat, kereta tersebut kekal milik syarikat walaupun kita berhenti kerja (keluar dari syarikat).

TM: Rayuan selepas ditolak

Bila permohonan trademark kita ditolak, kita masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan. Atas sebab apa rayuan boleh diterima setelah ditolak? Bukti penggunaan dan perbezaan antara trademark kita dengan trademark yang dikatakan seakan serupa oleh examiner

Larangan menggunakan trademark Zumba®

Zumba ialah trademark berdaftar. Ia bukanlah bermaksud apa-apa, ia adalah perkataan yang dicipta oleh syarikat Zumba Fitness, LLC. Nama Zumba mula digunakan oleh syarikat Zumba Fitness sejak tahun 2002. Ia didaftarkan pada tahun 2010 di US. Trademark Zumba di Malaysia Trademark Zumba telah didaftarkan di Malaysia pada 11 Januari 2013 Dalam kelas 9, 25 dan …

Langkah-langkah mendaftar trademark di Malaysia

1. Periksa sama ada trademark anda sudah didaftar oleh orang lain. Periksa di iponline MyIPO. Link disertakan diakhir artikel ini. 2. Periksa sama ada seseorang telah mendaftar trademark yang serupa atau seakan-akan serupa dalam perniagaan (produk atau servis) yang sama. Jika ada, anda boleh memohon kebenaran dari trademark holder itu untuk mendaftar trademark anda. Anda …