Pemilikan patent

PERMOHONAN PATENT boleh dibuat oleh syarikat, atau orang perseorangan, atau sekumpulan orang. Jika suatu ciptaan dibuat bersama-sama, hak patent juga dikongsi bersama-sama. Pastikan buat juga agreement antara pencipta. Jika 2 orang secara kebetulan membuat ciptaan yang sama, hak patent akan dipunyai oleh pencipta yang mempunyai “filing date” yang lebih awal. First come first serve basis. …

Maksud “invention”

Sebelum memohon patent, pastikan rekacipta anda memenuhi maksud “invention”. Dalam akta patent, “invention” bermaksud “sesuatu penyelesaian kepada masalah teknikal, menggunakan teknologi”. Software Kalkulator tidak menyelesaikan masalah teknikal, tetapi ia menyelesaikan masalah matematik dan bisnes. Jadi ia tidak boleh dipatent.

Patent bersifat “territorial”. Perlindungan hanya dalam Malaysia jika di daftar hanya di Malaysia.

Seseorang beritahu saya yang dia sudah patent ciptaannya di SIRIM. Tak betul tu. Permohonan patent hanya di MyIPO. Satu-satunya di Malaysia

Selain produk dan juga proses, “improvement” juga boleh di patent

Macam mana nak buat duit dengan patent?

1- Licensing . Selagi mana syarikat atau pengilang menggunakan teknologi kita, selagi itulah kita boleh menjana pendapatan (terhad 20 tahun sahaja). 2- Jual patent kepada pihak lain. Ini langkah cepat tetapi bersifat one-off. Cari syarikat yang berminat dan jual kepada mereka.