Kaya dan patent

“Betul ke kalau ada patent boleh jadi kaya?” Nak kaya prinsipnya sama saja dalam bidang apa pun. Facebook membantu berbilion orang berhubung satu sama lain, memberi “suara” kepada puluhan juta manusia. Hari-hari orang gunakan servis mereka. Tidak hairanlah mereka kaya. Google bantu jutaan manusia membuat carian di Internet, semua orang memerlukan Google. Tidak hairanlah mereka …

Jenis-jenis Patent

PATENT boleh untuk PRODUCT, atau PROSES. PROSES terbahagi kepada dua pula, 1-Proses menghasilkan sesuatu product 2-Proses menggunakan product untuk selesaikan sesuatu. Ini dipanggil “NEW USE patent”. Contoh: Product:paracetamol. Boleh patent product Method 1: kaedah penghasilan paracetamol Method 2: USE of paracetamol for healing headache

Patent: borang apa nak isi?

Dalam buku Akta Patent, ada macam-macam borang. Lebih 20 borang ada. “Jadi kalau nak mohon patent perlu isi form yang mana satu?” Untuk dapatkan filing date dan filing number, kita hanya perlu isi FORM 1. Hantar form berserta fi RM290. Bersama-sama form itu wajib sertakan “PATENT SPECIFICATION”. Dalam patent specification mesti ada description, claims dan …

Pemilikan patent

PERMOHONAN PATENT boleh dibuat oleh syarikat, atau orang perseorangan, atau sekumpulan orang. Jika suatu ciptaan dibuat bersama-sama, hak patent juga dikongsi bersama-sama. Pastikan buat juga agreement antara pencipta. Jika 2 orang secara kebetulan membuat ciptaan yang sama, hak patent akan dipunyai oleh pencipta yang mempunyai “filing date” yang lebih awal. First come first serve basis. …

Maksud “invention”

Sebelum memohon patent, pastikan rekacipta anda memenuhi maksud “invention”. Dalam akta patent, “invention” bermaksud “sesuatu penyelesaian kepada masalah teknikal, menggunakan teknologi”. Software Kalkulator tidak menyelesaikan masalah teknikal, tetapi ia menyelesaikan masalah matematik dan bisnes. Jadi ia tidak boleh dipatent.

Patent bersifat “territorial”. Perlindungan hanya dalam Malaysia jika di daftar hanya di Malaysia.

Seseorang beritahu saya yang dia sudah patent ciptaannya di SIRIM. Tak betul tu. Permohonan patent hanya di MyIPO. Satu-satunya di Malaysia

Selain produk dan juga proses, “improvement” juga boleh di patent