Patent: perlukan perbandingan ciptaan yang tepat

Sabah pernah ditimpa gempa.

Saya hadir dalam satu sesi pembentangan ciptaan mengatasi gempa.

Pereka cipta mencipta damper yang boleh serap tenaga gegaran, menyebabkan bangunan tidak runtuh.

Dia juga bandingkan rumah yang dipasang damper dengan rumah yang tak dipasang damper. Besar bezanya.

Saya tidak impress. Sebabnya, dia membandingkan rumah yang dipasang damper dengan yang tak ada damper. Sudah tentu jauh bezanya.

Yang saya nak tahu, apa beza damper yang dia cipta, berbanding damper yang sedia ada?

Damper bukan satu teknologi yang baru. Dah lama. Saya nak tahu apa masalah damper sedia ada yang dia dah atasi. Apa improvement Yang terlibat.

Jika tak ada, maka tak boleh patent.

Faizal Ismail
Teraju IP Sdn Bhd. 012-3252420