Betul ke makanan yang dipanaskan guna microwave boleh menyebabkan kanser?

Menurut Neil deGrasse Tyson, tak ada kaitan.

Molekul air yang ada dalam makanan bertindak balas dengan gelombang mikro menyebabkan ia bergetar dengan laju. Pergeselan molekul yang bergetar menyebab makanan menjadi panas.

Tidak ada kaitan dengan radiasi nuklear.

Sebab itu microwave hanya panaskan makanan yang ada molekul air, ia tak panaskan pinggan. Pinggan itu panas sebab makanan di atasnya panas.

Teknologi microwave oven telah dipatenkan pada 1945 oleh Percy LeBaron Spencer Yang bertajuk “Method of treating foodstuffs”.

Dia sedang mengkaji bagaimana untuk gunakan gelombang mikro untuk komunikasi, tapi coklatnya cair setiap kali berada dalam kawasan gelombang itu. Dengan tak sengaja dia telah mencipta satu alat yang hampir ada disetiap rumah sekarang ini.

Teknologi ini asalnya untuk tujuan peperangan.

Faizal Ismail