Bagaimana jika design baju anda ditiru? Apa nak buat?

Design baju dilindungi oleh akta hakcipta.
Kalau ada pihak yang meniru, tuan punya design mesti ambil tindakan. Sebab, pihak berkuasa tidak akan ambil tindakan tanpa laporan.

Apa tindakan yang boleh diambil?


1- Hantar surat amaran suruh berhenti. Jika surat ini melibatkan kos, boleh minta orang yang meniru itu bayar.


2- Buat laporan kepada penguatkuasa KPDN HEP.
Jika laporan melibatkan trademark, harus dibawa bersama sijil trademark. Jika tidak, laporan anda tidak akan dilayan.


Jika laporan melibatkan copyright saja, perlu kemukakan design apa yang telah ditiru, dan buat perbandingan dengan karya original sekiranya ada sedikit perbezaan.


Bawa sekali akuan bersumpah yang menyatakan karya itu anda punya.
Alamat premis yang hendak diserbu juga perlu jelas dan tepat.


Tuan punya IP atau wakilnya perlu hadir bersama ketika serbuan.
Semua barang rampasan boleh didenda sekurang-kurangnya RM2000 setaip satu, dan semua wang denda akan diserahkan kepada kerajaan, bukan pemilik IP.


3. Pemilik IP boleh membuat tuntutan dimahkamah atas kerugian yang di alami. Contohnya gantirugi teruk, gantirugi tauladan, gantirugi penurunan jualan, dan sebagainya. Di peringkat ini peguam IP anda akan menasihati anda, jadi jangan pening.


Faizal Ismail Patent, trademark, Industrial design dan copyright agent.

012-3252420