Perlukah daftar trademark?

Pertama sekali, harus diingat, daftar trademark tidak wajib. Ia bukanlah lesen perniagaan.

Jika saya ditanya soalan ini, jawapan saya ialah “Ya” dan “tidak”.

Tidak Perlu

1. Jika perniagaan anda langsung tidak ada kelebihan berbanding pesaing, atau tidak ada keunikan kualiti, maka tak perlu daftar trademark.

Contohnya anda mahu tukar tayar kereta, kedai berjenama apa yang anda akan pergi? Jika anda anggap kualiti servis tukar tayar itu sama saja di mana-mana, jenama kedai tidak penting. Yang penting ialah jenama tayar.

2. Anda tidak melaburkan masa, wang dan tenaga dalam menaikkan ‘brand’ perniagaan anda. Jika anda anggap jenama anda tidak bernilai, mengapa harus bazirkan duit melindunginya? Bukan semua kebun harus dipagar, kebun lalang contohnya. Lembu pun tak mahu makan.

3. Anda tidak kisah jika orang lain pun guna nama atau logo anda.

4. Anda tidak ada duit, tak perlu daftar dulu. Teruskan berniaga, dapatkan keuntungan. Dah ada duit barulah daftar. Berbalik kepada point nombor satu, trademark ini bukan lesen perniagaan. Tak ada trademark pun boleh berniaga. Jalankan perniagaan lebih penting dari daftar trademark. ADa trademark tapi perniagaan tak jalan pun tak guna.

Perlu

Sekiranya semua keempat-empat point di atas adalah sebaliknya, anda perlu daftar. Lindungi pelaburan anda.

Kita harus terima hakikat, banyak pelanggan membeli kerana jenama. Bila mereka sudah yakin dan percaya dengan sesuatu jenama, mereka akan jadi pelanggan setia. Pelanggan setia ialah lubuk emas peniaga.

Dan lubuk emas haruskan dikawal rapi, jika tidak, pasti ada babi hutan yang rosakkanya.