“Saya sudah daftar nama syarikat di SSM, masih perlukah daftar trademark?”

Pendapat saya:

Daftar syarikat berbeza dengan daftar trademark. Dalam undang-undang SSM, nama tak boleh sebijik sama. Jika ada sedikit berbeza, walaupun bunyinya seakan sama, ia mungkin boleh lulus juga.

Berbeza dengan trademark, nama yang seakan sama, yang dikira boleh menimbulkan kekeliruan, ia adalah satu kesalahan.

2. Logo tidak boleh didaftarkan di SSM. Hanya trademark saja boleh daftarkan logo

3. Satu syarikat mungkin ada lebih dari satu produk. Adakala nama produk jauh lebih bernilai dari nama syarikat. Ia memerlukan masa, duit dan tenaga untuk diperkenalkan. Rugilah jika pelaburan besar itu tidak dilindungi dari ancaman babi hutan. Ingat, sayur yang baik pasti akan dimakan oleh abi hutan jika tidak dipagar.

Faizal Ismail. Patent dan trademark ajen berdaftar. 012-3252420