Kenapa Patent Information Penting?

Sepanjang 15 tahun saya terlibat dalam mengendalikan training, kebanyakkan penyelidik di universiti tempatan hanya buat literature review di jounal dan publication saja.

Ada yang habiskan RM150,000 buat kajian, ambil masa tiga tahun untuk siap, tapi selepas diperiksa di patent database, rupanya kajian itu dah lapuk pun.

Masakan tidak, teknologi terkini dikuasai oleh syarikat komersil. Mereka tak tulis journal, tapi mereka hantar patent. Syarat untuk dapat patent, mereka mesti dedahkan semua rahsia dengan tepat dan jelas.

Semua permohonan patent akan dimasukkan dalam database, tapi tak semua mereka akan dapat patent.

Setiap minit, ada empat patent dimasukkan dalam patent database. Menjadikan jumlah dokumen lebih 100juta. Semuanya 100% fulltext, 100% percuma.

Kenapa kita tak gunakan lubuk emas ilmu ini?

International Patent Classification (IPC)

IPC digunapakai seluruh dunia, membuatkan proses pencarian dokumen lebih cekap dan bersih.

Contohnya: Jika kita nak cari pisau seramik, bukan semua orang panggil pisau itu pisau. Ada yang panggil knife, knives, blades, cutting tool atau mungkin juga golok.

Dengan IPC, masukkan saja kod pisau iaitu B26B, dan ceramic, semua results yang keluar akan ada kaitan dengan pisau dan seramik.

Ianya memudahkan semua orang termasuk yang bukan teknikal pun.

Ada maklumat yang tak ada di tempat lain. Tapi ada dalam patent database. Sebab ianya wajib jika mahu dapat patent. Jadi jangan ingat jika tak ada di journal maka ia tidak wujud dalam dunia. Periksa juga di patent database.

Ada 3 database yang saya selalu guna.

  1. Patentscope
  2. Google Patents
  3. Espacenet

Saya dan pasukan ada buat training untuk buat carian patent guna ketiga-tiga database ini. Setakat ini UTM, UKM, USM, UTHM telah beberapa kali buat kursus ini kepada penyelidik mereka.

Ianya menguntungkan jika penyelidik tidak mengulang kajian yang telah dibuat oleh orang lain lama dulu. Ia juga menjimatkan masa. Malah ilmu itu akan kekal di sana sampai bila-bila.

Dulu semasa di MyIPO, kerja harian saya ialah buat carian patent inilah.

Jima berminat boleh hubungi saya 012-3252420, Faizal Ismail.