Pilih Patent Agent yang boleh pastikan permohonan itu lulus! Bukan yang paling murah

Semasa berbual semalam, satu jabatan berminat nak ambil servis Teraju IP untuk daftar Patent.

Selama ini mereka pilih vendor IP ikut harga yang paling rendah sahaja. Tak ada kriteria lain.

Hasilnya, sejak tahun 2009, hanya satu Patent saja yang lulus.

Saya tanya, apa tujuan mereka daftar patent jika hampir semuanya tak lulus.

Pilih yang paling murah sebab nak jimat tapi sebenarnya semua duit habis begitu saja tanpa apa-apa hasil pun.

Dulu saya pernah beli berus gigi di Mydin, RM2 dapat 10. Tapi sekali berus saja semua bulu berterabur dalam mulut. Tak sempat habis berus pun. Adakah RM2 untuk 10 batang itu murah? Pada saya, sia-sia dan membazir.