Keperluan Memenuhi Maksud Ciptaan untuk paten di Malaysia

Jika nak paten sesuatu ciptaan, ciptaan itu mestilah ada masalah yang hendak diselesaikan.

Semasa saya jadi pegawai pemeriksa paten dulu, perkara pertama yang saya akan baca adalah pernyataan masalah.

Dari situ, saya akan cari ada atau tidak orang lain dalam dunia ini mengalami masalah yang sama, dan bagaimana mereka menyelesaikannya.

Jika masalah mereka sama, cara penyelesaian pun sama, maka saya akan tolak permohonan paten itu.

Masalah yang nak diselesaikan itu sangat penting. Ia mestilah ditulis dengan jelas dan nyata.

Gagal mengemukakan masalah dengan jelas, sesuatu ciptaan itu tidak menepati maksud ciptaan yang ditetapkan oleh akta paten dan berisiko permohonan itu ditolak.

Ciptaan bermaksud; satu penyelesaian kepada sesuatu “masalah” menggunakan teknologi.

Faizal Ismail
FBI Patent