Apa beza daftar SSM dengan daftar trademark?

1- daftar SSM ialah untuk nama syarikat. Daftar trademark adalah untuk jenama. Bukan semua orang letak nama syarikat kat produk, kebanyakannya letak jenama.

2- SSM hanya boleh daftar nama syarikat, tapi tak boleh daftar logo. Nak daftar logo kena daftar trademark.

3- jika kita ada 3 produk yang lain jenama, takkan kita nak kena daftar 3 syarikat di SSM pula. Daftar saja tiga trademark lebih mudah.

4. Jika berlaku kes ciplak, penguatkuasa akan mintak sijil Trademark, bukan sijil SSM.

5. Daftar SSM adalah wajib. Daftar trademark pula ialah harus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.