PATENT: TECHNICAL DRAWING

 

Patent yang berbentuk produk perlu menghantar technical drawing.

Technical drawing untuk patent mestilah memenuhi syarat tertentu seperti ia mestilah “schematic”, hitam putih, line mesti bersih dan jelas.

Saya amat memahami untuk menyediakan technical drawing memerlukan masa yang agak lama.

Sekiranya kita mahu dapatkan filing date secepat mungkin, sedangkan technical drawing belum siap, apa yang perlu dibuat?

Caranya, kita boleh menghantar lukisan yang tak formal dulu. Lukisan tangan yang tak sempurna atau gambar foto produk. Yang penting jumlah lukisan mestilah sama.

Selepas dapat filing date, tuan-tuan ada masa 18 bulan untuk menghantar “formal drawing” berserta borang 16 dan bayaran.

Inilah teknik yang sangat berguna sekiranya perekacipta ada pameran rekacipta dalam masa terdekat dan mahukan permohonan patent dibuat secepat mungkin.

Moga ini membantu.