Penentuan Patentability (kebolehpatenan)

Semua produk boleh di patent. Asalkan ianya berbeza dengan produk yang telah ada.
 
Vending machine telah wujud berkurun dulu. Jika mahu patentkan vending machine, ianya mestilah berbeza dengan vending machine sedia ada.
 
Bukan bila dengar saja vending machine, terus cakap tak boleh patent sebab dah “well known” sejak berkurun dulu. Sabar dulu, periksa dulu apa pembaharuannya, apa masalah vending machine sedia ada yang cuba diselesaikan.
 
Contohnya vending machine yang boleh keluarkan renjatan elektrik apabila mengesan vandalisme.
 
Ada lebih 100 juta dokumen patent dalam database, bukan semua dalam kepala kita.
 
Cara yang betul ialah kita buat pemeriksaan dalam database, ada atau tidak mesin lain yang boleh keluarkan renjatan apabila berlaku vandalisme. Jika ada, periksa bagaimana mereka lakukannya, adakah sama dengan idea kita.
 
Jika sama, maka ciptaan kita tak boleh patent. Mungkin kita kena tambah lagi pembaharuan lain untuk meningkatkan kecekapan mesin yang sedia ada.
 
Inilah cara yang betul bagi menentukan kebolehpatenan (patentability) sesuatu ciptaan.