Trademark Hot Burger VS Melawati Kebab

Pihak Hot Burger Malaysia mendakwa logo mereka telah difailkan oleh pesaing iaitu Melawati Kebab.

Jika ini benar berlaku, pihak Hot Burger bolehlah membuat bangkangan (opposition) semasa tempoh warta. Tempoh warta ialah 2 bulan. Jika tiada bangkangan, maka sijil akan dikeluarkan kepada pemohon.

Jika sijil telah dikeluarkan, perlu menggunakan prosedur mahkamah, yang mana ianya lebih rumit dan mahal.