Saya sebagai pemeriksa patent: minat masyarakat meningkat

Pada tahun 2003, saya masuk kerja sebagai pegawai pemeriksa patent.

Pada ketika itu, masyarakat boleh kata langsung tak berminat nak tahu pasal IP.

Ye lah, IP ni dikatakan mainan orang kaya-kaya saja.

Semasa hendak meminang, Pak imam tanya awak kerja apa? Saya tahu jawapan saya nanti akan jadi masalah dan akan jadi panjang tak berpenghujung.

Saya pegawai pemeriksa paten, kata saya. “Oo buat corak baju tu?”

Saya dah agak. Penerangan seterusnya berlarutan sehingga Pak imam serender tanpa faham sepatah apa yang saya kata.

Tapi semakin lama, masyarakat semakin membuka mata. Makin ramai berminat nak tahu. Semasa ceramah IP semakin ramai yang bertanya soalan. Soalan pula makin lama makin berkualiti.

Syukur Alhamdulillah, dah nampak bibit-bibit negara kita ke arah negara maju.