Larangan menggunakan trademark Zumba®

Zumba ialah trademark berdaftar. Ia bukanlah bermaksud apa-apa, ia adalah perkataan yang dicipta oleh syarikat Zumba Fitness, LLC.

Nama Zumba mula digunakan oleh syarikat Zumba Fitness sejak tahun 2002. Ia didaftarkan pada tahun 2010 di US.

Trademark Zumba di Malaysia


Trademark Zumba telah didaftarkan di Malaysia pada 11 Januari 2013 Dalam kelas 9, 25 dan 41.

Penggunaan logo dan perkataan Zumba tanpa kebenaran Zumba Fitness adalah menjadi satu kesalahan undang-undang trademark.

Siapa yang boleh menggunakan logo Zumba?
Hanya yang diberi lesen oleh Zumba Fitness sahaja yang boleh menggunakan trademark Zumba.

Pihak Zumba Fitness LLC boleh menghalang sesiapa sahaja, mana-mana pihak menggunakan trademark Zumba tanpa kebenaran.

Zumba Fitness LLC telah melakukan usaha menyedarkan masyarakat yang Zumba adalah jenama, bukan sejenis senaman. Usaha ini penting untuk trademark Zumba tidak menjadi generic, yang boleh menyebabkan ia kehilangan hak ke atas jenama itu.

 

* * *
This information is for educational purposes only and should not be construed as legal advice nor does it provide a legal opinion on any specific facts or circumstances. If you have specific legal questions, you are urged to consult your own lawyer concerning your situation.