Bolehkah karakter fiksyen dilindungi bawah Harta Intelek?

Karakter, sama ada dilukis atau hanya tulisan BOLEH dilindungi di bawah Trademark atau/dan Copyright.

Sebut saja Mickey Mouse, semua tahu sumbernya ialah Disney.
Sebut Bugs Bunny, di belakang kepala masing-masing dah tergambar Warner Bros.

“Jika pihak lain selain Disney yang menerbitkan Mickey Mouse, tidakkah ia akan mengelirukan orang ramai?”
Ya, sudah pasti. Sebab itulah Disney melindungi Mickey Mouse dengan mendaftar trademark. Dengan itu Disney boleh menghalang pihak lain dari mengelirukan orang ramai.