Kelulusan trademark Shell Out dan peluang buat bantahan

Kedai Makan Shell out di Putrajaya

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kelulusan trademark Shell Out.

Prosesnya begini.

Setelah membuat pemeriksaan, MyIPO bersetuju untuk meluluskan trademark tersebut.

Selepas itu trademark Shell Out dimasukkan dalam gazet. Pihak ketiga ( sesiapa sahaja) boleh memfailkan bantahan kepada MyIPO dalam tempoh 2 bulan selepas gazet.

Jika tiada bantahan, maka sijil akan dikeluarkan dan trademark itu didaftarkan. Bermakna secara rasminya ia telah lulus.

Sekiranya ada pihak merasakan ia tidak patut diluluskan, bolehlah mengemukakan bantahan di mahkamah, beserta bukti-bukti yang kukuh.

Bukti-bukti yang dimaksudkan di sini ialah bukti yang Shell Out adalah perkataan generic sebelum tarikh pemfailan, atau ia adalah perkataan merujuk, atau seseorang sudah menggunakan perkataan tersebut sebelum tarikh pemfailan.

Mahkamah akan buat keputusan.