Jual barang tiruan: Apa akibatnya?

Akibat kepada pemilik IP.
Keuntungan menurun. Pada tahun lalu Zippo tiruan menyebabkan penurunan jualan Zippo sehingga 25%.

Akibat kepada pekerja.
Zippo terpaksa berhentikan 15% pekerja untuk menampung kerugian.

Akibat kepada pengguna.
Sukar mengenalpasti yang mana satu yang betul. Ia boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan. Bayangkan kita pergi ke kedai untuk membeli Panadol, rupanya ia Panadol tiruan. Akibatnya kita cirit birit hingga ke pagi esok nya.


Penguatkuasa KPDNKK boleh membuat serbuan dan merampas kesemua barang-barang tiruan. Ya, semua. Ianya satu kerugian.

Penjual juga boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 (jika individu). Jika syarikat, boleh didenda sehingga RM250,000. Ia satu lagi kerugian.

Perkara ini juga boleh mencemarkan nama baik penjual. Pembeli akan serik membeli lagi darinya.

Dan yang paling penting, ianya tidak patuh syariah. Hasil jualan itu dikira haram disisi agama Islam.