Trademark Mi Segera Sedaap ditolak

Antara syarat trademark ialah, nama tidak boleh merujuk terus kepada produk atau kualiti produk.
 
Penjual buah epal tidak boleh dapat trademark Apple.
 
Jika anda jual makanan, anda tidak boleh dapat trademark “Sedap”. Kerana sedap ialah kualiti kepada makanan.
 
Itu sebab permohonan Sedap untuk makanan ditolak. Tak kiralah berapa bilangan huruf “a”, selagi bunyinya sama, ia tetap tak boleh.