Haiwan dan tumbuhan tak boleh di patentkan

Satu jabatan menjemput saya ke pejabat mereka.
 
Mereka telah membelanjakan RM5 juta dan akhirnya mereka telah menjumpai satu penemuan agung.
 
Setelah 15 minit ketua penyelidik membentangkan “discovery” mereka diselang seli dengan jargon yang sukar difahami, saya bertanya apakah ciptaan mereka yang sebenarnya.
 
“Kami telah menjumpai satu spesis baru kelip-kelip, dan kami mahu patentkannya”.
 
Komen saya:
 
Hanya ciptaan sahaja boleh dipatent, yang kita jumpa tak boleh patent.
 
Lagi pun dalam borang permohonan patent kita perlu isi ruangan nama pencipta, apa kita nak tulis kat situ nanti? Masakan kita nak tulis Tuhan atau Allah Taala.
 
Sesuatu yang dijumpai tak boleh dipatent. Ini termasuk dalam salah satu “unpatentable”.
Tambahan lagi haiwan memang tak boleh patent. Tumbuhan pun sama.