Tajuk Patent: Jangan buat begini

Tajuk patent mestilah jelas menggambarkan ciptaan. Ia tidak semestinya unik. Sama pun tak apa dengan patent yang dah ada.

Saya senaraikan beberapa jenis tajuk yang akan di tolak.

1.Nama personal, nama yang direka sendiri atau apa-apa nama yang tidak teknikal dan tidak langsung berkaitan untuk menerangkan ciptaan.

Contoh: Pemotong kerepek Siti. Atau mungkin PKS Cutter. PKS tu apa? (rupanya pemotong kerepek siti)

2. Perkataan “dsb”, “etc”. Ia patut dibuang.

3. Tajuk terlalu umum. Contonya “Chemical compound”, “An apparatus”, “A method”. Semua orang pun tak akan faham. Sepatutnya tulis “An apparatus for cutting onion”.

4. Trademark. Penggunaan trademark sebagai tajuk harus dielakkan. Melainkan trademark itu memang sudah sangat terkenal seperti “Velcro”, “PS4”, “Forklift”.

5. Perkataan “Novel”, “Patent” tak boleh masuk dalam tajuk patent.