Kaya dan patent

“Betul ke kalau ada patent boleh jadi kaya?”

Nak kaya prinsipnya sama saja dalam bidang apa pun.

Facebook membantu berbilion orang berhubung satu sama lain, memberi “suara” kepada puluhan juta manusia. Hari-hari orang gunakan servis mereka. Tidak hairanlah mereka kaya.

Google bantu jutaan manusia membuat carian di Internet, semua orang memerlukan Google. Tidak hairanlah mereka kaya.

Apple buat peralatan elektronik yang mudah diguna. Jutaan orang puas hati dengan produk mereka. Padanlah mereka kaya.

LV memudahkan manusia menunjuk kaya. Letak harga mahal macam peluru bedil pun orang beli. LV lah bertambah kaya

Jutaan orang terhibur dengan nyanyian Siti Norhaliza, mudahlah dia jadi kaya.

Cikgu pun boleh kaya. Tapi kenalah anak murid berpuluh ribu macam Dr. Azizan Osman tu. Ramai orang nak jadi kaya jadi anak murid dia. Tak hairan dia kaya.

Cisco ada patent untuk teknologi wifi, semua orang guna wifi, memang lah Cisco kaya.

Saya boleh senaraikan contoh berkajang-kajang, sampai pagi esok pun belum tentu habis. Konsepnya sama saja.

Lakukan apa saja, jika ia memberi manfaat kepada raaaaamai orang, kaya tu mudah datang.

Patent begitu juga. Jika ciptaan kita selesaikan masalah jutaan manusia, senanglah nak kaya.
Tapi kalau tak ada orang guna, macam mana nak untung! kayap ada la

Cari satu masalah, cipta sesuatu untuk selesaikannya, mudahkan kehidupan manusia. Nescaya kaya itu milik anda InsyaAllah.