Patent: borang apa nak isi?

Dalam buku Akta Patent, ada macam-macam borang. Lebih 20 borang ada.

“Jadi kalau nak mohon patent perlu isi form yang mana satu?”

Untuk dapatkan filing date dan filing number, kita hanya perlu isi FORM 1. Hantar form berserta fi RM290.

Bersama-sama form itu wajib sertakan “PATENT SPECIFICATION”. Dalam patent specification mesti ada description, claims dan drawing.

Jika pemohon dan pencipta bukan orang yang sama, atau pemohon adalah syarikat, kita perlu hantar Form 22 berserta fi RM80.

Dalam tempoh sebelum 18 bulan, kita kena hantar Form 5. Borang ni adalah sebagai request dari kita untuk meneruskan proses berikutnya, iaitu pemeriksaan patent. Hantar borang ini beserta fi RM1100.

Leave a Reply

Your email address will not be published.