Dua sebab utama kenapa permohonan trademark ditolak.

tm

Memohon trademark tidaklah sesukar memohon patent. Oleh sebab itu ramai pemilik perniagaan merasakan mereka mampu menguruskan sendiri permohonan tanpa menggunakan ajen yang berdaftar.

Malangnya percaturan untuk menjimatkan kos jadi sebaliknya. Keseluruhan kos pendaftaran di bazirkan kerana permohonan ditolak.

Daripada pengalaman saya, sekiranya permohonan ditolak oleh kerana dua sebab ini, kemungkinan berjaya di peringkat rayuan adalah sangat sukar.

1.Merujuk (descriptive)

Sesuatu trademark tidak boleh merujuk secara langsung kepada produk atau kualiti produk. Rangup untuk keropok, sedap untuk makanan, laju untuk kenderaan merupakan contoh trademark yang merujuk kepada kualiti produk.

Sekiranya Apple Inc. menjual buah epal, nescaya permohonan mereka juga akan ditolak.

“Hotel” juga merupakan kualiti sesuatu produk, sekiranya produk kita bantal atau selimut.

2.Menyerupai dengan jenama pesaing

Tujuan trademark ialah supaya pengguna dengan mudah dapat bezakan antara produk atau servis. Memanglah sepatutnya trademark tidak boleh serupa atau seakan-akan serupa hingga boleh membuatkan pengguna terkeliru.

Maksud “serupa” di sini ialah kelihatan serupa atau bunyinya seakan sama.

Ukay’s dan UK’s, Croc dengan Krok, adalah merupakan contoh serupa dari sudut bunyi

Adidas dengan Abibas pula menyerupai dari sudut rupa.

Kedua-duanya akan ditolak.

starbucks

*  *  *

Jadi bagaimana?

Pendapat saya, buat carian dulu sebelum memohon. Kurangkan risiko penolakan.

Buat carian di IPONLINE MyIPO. Buat masa sekarang portal tersebut tidak boleh digunakan sehingga 17 Oktober 2016, harapnya 18 Oktober dah boleh pakai.

Kedua, dapatkan nasihat pakar. Kami sedia membantu. Memang itulah kerja kami, membantu anda dapatkan trademark. Boleh hubungi 012-3252420.